Institut Memandu Cemerlang Tawau

Tips Pemanduan Semasa Musim Hujan: Sejauh Mana Anda Tahu Sebenarnya?

Screen Shot 2016-10-19 at 12.21.56 AM

Uji pengetahuan anda dengan tip-tip ini daripada pakar keselamatan profesional.

Tahun ini, kebanyakan kawasan di Asia dilanda cuaca buruk yang tidak menentu. Hujan lebat dan rebut tropika yang melanda telah menyebabkan ada mangsa terkorban, selain mengakibatkan banjir di beberapa tempat. Hujan lebat boleh menukar satu perjalanan yang selesa menjadi tempoh pemanduan yang sukar, walaupun untuk pemandu berpengalaman. Ini kerana jalan hadapan semakin sukar dilihat dan diramal.

Malah, majoriti kemalangan berlaku pada waktu hujan. Malaysia berdepan dua musim tengkujuh – Monsun Barat Daya yang bermula lewat Mei hingga September dan Monsun Timur Laut pada Oktober hingga Mac.  Secara purata, Semenanjung Malaysia menerima sekitar 2,500mm hujan. Sementara kawasan Malaysia Timur pula menerima 5,080mm hujan.

Kajian menunjukkan bahawa dari perspektif pemandu, apabila takat air hujan naik melebihi garis jalan, tanda jalan itu boleh hilang akibat pancaran lampu kenderaan.[1] Walaupun ramai pemandu tidak keluar rumah ketika musim salji atau hujan batu, mereka tidak berbuat demikian ketika hujan turun. Memandu dalam cuaca buruk bukan sahaja memerlukan pertimbangan akal, malah teknik pemanduan serta pengetahuan yang jarang diuji ketika memandu dalam cuaca normal.

Kalau boleh, elakkan memandu dalam cuaca buruk dan hujan lebat. Tetapi, jika tidak dapat dielakkan, uji pengetahuan anda dengan tip-tip di bawah sebelum anda memandu.

Wet-Weather-03

Panduan umum memandu dalam hujan

Ingat untuk memandu perlahan

Apabila jalan basah dan berlumpur, pastinya ia menjadi licin dan anda perlu mengurangkan kelajuan. Kelajuan yang dinyatakan pada jalan hanya sesuai untuk kondisi ideal dan TIDAK boleh diikuti dalam cuaca buruk. “Hujan ialah peringatan semula jadi untuk anda memperlahankan kenderaan dan meningkatkan tahap keselamatan,” kata Koordinator Pemandu dan Trek di Pusat Ujian You Yangs Ford di Australia, Kain Hepburn.

Bagaimana untuk meningkatkan tahap pandangan anda

Hujan lebat yang turun secara tiba-tiba akan segera menjejaskan tahap pandangan dan menyukarkan anda untuk melihat garis jalan. Kemampuan untuk melihat jauh ke hadapan memberikan anda kelebihan untuk meramal dan memberi tindak balas terhadap apa yang bakal berlaku nanti. “Salah satu caranya adalah dengan memandu di laluan yang tiada kenderaan boleh menghalang pandangan anda,” kata Hepburn. “Satu cara lagi ialah mengikuti kenderaan yang mempunyai saiz sama di hadapan (dalam jarak selamat). Jadi anda boleh melihat kenderaan itu dan apa yang ada di hadapannya. Elakkan daripada mengikuti trak besar yang boleh menghalang pandangan anda.” Ketahui bagaimana ciri pada kenderaan boleh membantu anda. Dilancarkan baru-baru ini di Eropah, teknologi lampu Ford yang berdasarkan kepada cuaca berfungsi mengubah suai lampu utama secara automatik untuk membantu pemandu mengesan bahaya di tepi jalan dalam kondisi hujan lebat.

Screen Shot 2016-10-19 at 12.22.48 AM

Bahaya di jalan raya dan apa yang perlu dilakukan

Berhati-hati dengan air yang bertakung di atas jalan raya

Lopak air mungkin boleh menyembunyikan lubang yang dalam, lurang  (manhole) atau lubang benam. Lagipun, jika terdapat banyak air di atas jalan raya, tayar kenderaan bukannya selalu boleh menghilangkan air di antara bunga tayar secara efisien untuk membolehkannya kekal berhubung dengan permukaan jalan raya.  Pada kelajuan tertentu, kereta anda boleh mengalami masalah penyatahan air (aquaplane), kenderaan tidak menyentuh permukaan jalan dan anda memandu di atas air. “Jika kenderaan mula mengalami penyatahan air, cuma untuk perlahankan sehingga anda dapat mengawal semula kenderaan sepenuhnya,” kata Hepburn. “Elakkan daripada memusing stereng secara tida-tiba dan berlebihan, brek mengejut atau mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.”

Jangan harung kawasan banjir

Jangan ambil mudah tentang bahaya banjir. Jangan cuba untuk mengharung air dan sedarlah bahawa air menyembunyikan tahap kedalaman jalan. Lebih teruk lagi, mungkin langsung tiada jalan di bawah air tersebut. Air banjir boleh menolak keseluruhan permukaan jalan dan tanah di bawahnya. Jika air memasuki injap kemasukan udara dan enjin, kereta akan mati dan anda pun terperangkap.

Lebih berhati-hati di laluan berlumpur dan berbukit

Pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dengan halangan di atas jalan raya (seperti batu) yang jatuh akibat hujan. Jalan yang dipenuhi lumpur mendatangkan risiko lebih tinggi untuk runtuh. Perubahan persekitaran juga boleh membawa kepada masalah tanah runtuh. Jelas Hepburn, “Jangan pandu di hujung jalan berlumpur atau berbatu dalam kondisi hujan lebat. Ini kerana jalan tersebut biasanya lembut, mungkin mempunyai saluran air dan sudah pecah. Ambil langkah lebih berhati-hati apabila menaiki dan menuruni bukit kerana keupayaan cengkaman, stereng dan brek kenderaan boleh terjejas kerana permukaan jalan yang licin.”

Bersedia untuk halangan yang tidak diduga

Bahaya di jalan raya bukan melibatkan elemen semula jadi seperti batu atau dahan kayu sahaja, malah ia juga boleh merangkumi pejalan kaki, binatang ternakan dan kenderaan. “Bagi mengelak daripada semua objek ini, anda mesti memandu dengan perlahan. Jadi, anda sebagai seorang pemandu boleh mengesan, bertindak balas dan dapat berhenti sepenuhnya sebelum berdepan dengan bahaya tersebut,” kata Hepburn.  “Satu tip yang bagus ialah jarak pandangan mestilah tidak kurang daripada empat kali jarak untuk anda berhenti.”

Walaupun anda berpegang kepada panduan ini, mungkin wujud situasi di mana kondisi cuaca yang buruk dan pandangan terhad cuma memberikan anda sedikit masa untuk bertindak balas.

Kereta-kereta moden kini hadir dengan teknologi yang boleh membantu anda dalam situasi pemanduan luar biasa. Kenderaan Ford seperti Fiesta, Ranger, Mondeo, S-MAX, Ecosport, Kuga, Everest dan Mustang dilengkapi Electronic Stability Control (ESC), satu sistem yang mengukur pergerakan horizontal kenderaan sekurang-kurangnya 100 kali sesaat. “Dalam keadaan kenderaan menukar haluan secara tiba-tiba, sistem ini akan mengenakan tekanan brek dan mengubah suai kuasa enjin untuk membolehkan anda kekal berada dalam kawalan,” kata Hepburn. “Sebelum pemandu tahu mereka memerlukan bantuan.”

Tidak kira anda seorang pemandu yang berpengalaman sekali pun, memandu dalam hujan adalah masa untuk anda menjadi lebih berhati-hati dan sabar. Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan teknik sewajarnya, anda boleh menjadi pemandu yang lebih bertanggungjawab dan selamat apabila memandu dalam hujan.

Screen Shot 2016-10-19 at 12.22.22 AM
Call Now Button