Institut Memandu Cemerlang Tawau

TIPS KESELAMATAN UNTUK PEMANDU WANITA

TIPS KESELAMATAN.png

Tips Keselamatan Untuk Pemandu Wanita | Pemandu wanita sering menjadi mangsa pembuli jalan raya, penjenayah dan sebagainya. Lagi menakutkan kalau kita memandu seorang diri. Jadi, lebih baik memandu mempunyai teman daripada bersendirian untuk menghindarkan perkara buruk berlaku.

Akn tetapi, jika kita sudah berhati-hati dan masih jadi juga bagaimana? Anda percaya pada qada’ dan qadar bukan. Jadi biarlah kita berhati-hati terlebih dahulu. Jika kita terpaksa untuk memandu seorang diri, pastikan anda mengikuti tips keselamatan ini.

Tips Keselamatan Untuk Pemandu Wanita

1. Sentiasa pastikan kereta dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu.

2. Bawa telefon bimbit anda untuk meminta bantuan kalau terjadi apa-apa. Pastikan juga telefon bimbit anda mempunyai bateri yang mencukupi ataupun simpan powerbank di dalam kereta untuk kegunaan kecemasan. 

3. Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci.

4. Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok seperti di bawah kerusi.

5. Jangan sesekali bertanya alamat kepada individu yang tidak dikenali. Tanyalah kepada pekerja di stesen minyak atau di tol. Tetapi sekarang kita dapat mencari jalan menggunakan waze dan google maps. Ini mengurangkan risiko bertanya kepada orang yang tidak dikenali apabila anda sesat.

pexels-photo-787476.jpeg

6. Kalau anda rasa seperti diekori, pandu terus ke balai polis yang berdekatan.

7. Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali demi keselamatan anda.

8. Jangan sesekali keluar dari kereta apabila dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain.

9. Catat nombor plat, warna dan lain-lain serta gunakan telefon bimbit anda untuk meminta bantuan dari keluarga atau sahabat handai.

10. Kalau anda dalam kesusahan atau ada orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon dengan kuat atau nyalakan lampu depan untuk menarik perhatian orang sekeliling.

11. Jika tayar kereta pancit di tempat yang gelap dan asing bagi anda, pandu dengan perlahan-lahan ke stesen minyak atau tempat awam yang berhampiran untuk dapatkan bantuan.

Call Now Button