Institut Memandu Cemerlang Tawau

Perbezaan antara (FWD), (RWD), (4WD) dan (AWD)

You are here:

Seperti yang kita tahu, terminologi kereta ada beberapa jenis antara nya adalah Pemanduan Roda Hadapan (FWD), Pemanduan Roda Belakang (RWD), Pacuan Empat Roda (4WD) dan Pacuan Semua Roda (AWD). Apa beza antara 4 jenis pemanduan ni dan mana satu yang perlu ditekankan bila nak beli kereta ?

MASIH ramai yang salah faham dan keliru tentang konsep kenderaan4×4dengan beranggapan semua tayar kereta 4×4 berpusing dalam kelajuan sama secara serentak, sedangkan fakta itu merujuk kepada jentera pacuan semua-roda (AWD). Apa yang sama antara AWD dan 4×4 ialah kedua-dua sistem pacuan itu berada dalam kategori pacuan empat roda (4WD).

😀

Cuma kebiasaannya, apabila menyebut 4WD, jenis kenderaan yang dirujuk ialah 4×4, sebaliknya AWD tidak disebut 4WD (walaupun AWD juga 4WD secara terma). Malah, anda juga jauh terpesong kalau menyebut kereta AWD sebagai 4×4. Pening? Bertenang, sekarang mari kita hadam perlahan-lahan perbezaan antara 4×2, 4×4, 4WD dan AWD. 

APAKAH 4×2?

ford-fiest-fwd
ford-ranger-4x2

Terma 4×2 juga boleh ditulis sebagai 2WD, bermaksud transmisi pacuan dua-roda (two-wheel drive) yang dipecahkan kepada dua lagi pacuan berbeza: pacuan roda depan (FWD) dan pacuan roda belakang (RWD).

FWD (contoh: Ford Fiesta, Proton Persona) ialah sistem yang menghantar kuasa kepada dua roda depan kenderaan. Kelebihan FWD ialah kos pengeluaran dapat dikurangkan, termasuk berat kenderaan, sekali gus memberikan penggunaan bahan api lebih cekap selain traksi yang lebih baik. Ini kerana berat enjin dan transmisi disalurkan terus kepada roda pacuan.

RWD (contoh: Ford Ranger, Nissan GT-R) pula menyalurkan kuasa kepada dua roda belakang kenderaan. Berbanding FWD, kelebihan RWD ialah kuasa pecutan tinggi dan agihan berat yang seimbang kerana berat enjin bertumpu pada bahagian depan, manakala transmisi di belakang. Ini secara tidak langsung memberikan kawalan pengendalian dan keseimbangan kenderaan yang lebih baik.

Bagi trak, sistem RWD sangat penting kerana belakang kenderaan jenis itu secara asasnya lebih ringan berbanding depan. Sebuah trak FWD hampir mustahil untuk dipandu kerana roda belakang akan mudah hilang sentuhan dengan permukaan jalan walaupun hanya melalui sedikit bonggol.

APAKAH 4×4?

trak-pikap-4wd-full-time
honda-crv-awd

Terma 4×4 juga boleh ditulis sebagai 4WD, bermaksud transmisi pacuan empat-roda (four-wheel drive). Di bawah 4WD ini juga terdapat subkategori lain, iaitu pacuan semua-roda (AWD) yang memiliki konfigurasi berbeza walaupun berada dalam kategori induk – 4WD – yang bergerak dengan empat roda.

Asasnya, 4WD (contoh: Ford Ranger, Toyota Hilux) ialah sistem yang menghantar kuasa transmisi kepada kotak hantaran (transfer case) dan kemudian akan mengarahkan keempat-empat roda berputar dalam kelajuan sama. Namun, situasi itu menyebabkan beberapa masalah ketika mengambil selekoh kerana roda dalam perlu berputar lebih perlahan berbanding roda luar supaya kereta dapat membelok sempurna.

Jadi, kenderaan moden masa kini memiliki fungsi 4WD dengan punat atau suis yang boleh diaktifkan apabila berdepan kondisi jalan teruk seperti berlumpur, berbatu atau bersalji. Apabila sudah selesai digunakan, fungsi tersebut sepatutnya dimatikan untuk kembali semula kepada pemanduan normal dan mendapatkan tahap penjimatan bahan api seperti sedia kala.

Sementara itu, AWD (contoh: Honda CR-V, Volkswagen Golf R) pula ialah inovasi baharu daripada sistem konvensional 4WD yang boleh diaktifkan dan dimatikan. Bezanya, walaupun AWD juga berfungsi menghantar kuasa kepada keempat-empat roda, tetapi tidak seperti 4WD kerana sistem AWD memberikan lebih banyak kuasa kepada roda secara individu dengan tambahan traksi untuk membantu roda yang menggelincir mendapatkan kuasa.

Di  atas laluan off-road, AWD sebenarnya tidak banyak kelebihan berbanding 4WD. Sebaliknya atas permukaan jalan berturap, jentera AWD dapat dipandu dengan mudah dan bersahaja walaupun laluan itu basah atau berais.

SUMBER: Carsome.com

Call Now Button