Institut Memandu Cemerlang Tawau

Tips Mengenalpasti Pengelap Cermin Rosak Dan Perlu Diganti

Selaku seorang pemandu yang berhemah dan mengutamakan keselamatan diri sendiri dan penumpang yang lain, sudah tentu kita mahukan semua komponen yang memainkan peranan penting ketika pemanduan berada dalam keadaan yang terbaik.

Pengelap cermin atau pun “Wiper” cermin selalu kita terlepas pandang sebagai salah satu “check list” yang sangat penting dalam kenderaan.

Kalau waktu hujan, pernahkah kita dengar bunyi-bunyi yang kurang enak ketika pengelap cermin berfungsi? Ataupun penglihatan yang kabur walaupun pengelap cermin masih bergerak? Penglihatan yang terhad meningkatkan risiko kita untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hal ini akan membahayakan kita dan orang yang tersayang.

Jika perkara tersebut berlaku, sudah sampai masanya kita wajib tukar pengelap cermin kereta korang. Kita biasakan untuk menggantikan dalam masa 6 bulan hingga ke 12 bulan.

Kami kongsikan tips mengesan sekiranya pengelap cermin harus ditukar.

1. Bahagian Getah Pengelap Cermin

Bahagian getah harus berada pada keadaan yang sempurna. Sebarang kecacatan seperti rekahan, belahan dan retakan merupakan petanda untuk korang menggantikan pengelap cermin anda. Jika pengelap cermin anda sudah digunakan untuk tempoh yang lama, bahagian bucu akan menjadi tumpul.

2. Garis-Garis Pada Cermin Hadapan

Jika anda nampak terdapat garis-garis jelas kelihatan, itu adalah kesan-kesan kotoran yang ditinggalkan oleh pengelap cermin anda. Walaupun anda berjaya membuang kotoran itu, tanda kotoran akan sentiasa kembali selagi anda belum menggantikan pengelap cermin tersebut.

3. Bunyi Bising

Bunyi bising apabila pengelap cermin bergerak bukan sahaja menyebabkan penglihatan pemandu yang kurang tenang, tetapi ia juga bermaksud sedikit sahaja permukaan yang bersentuhan antara pengelap cermin dan cermin hadapan.

4. Rangka Yang Bengkok

Rangka yang bengkok menyebabkan permukaan antara pengelap cermin dan cermin hadapan berjarak. Ini juga disebabkan cara pengendalian yang kasar oleh pengguna apabila mencuci pengelap cermin.

5. Permukaan Yang Kurang Bersentuhan

Kalau korang masih melihat terdapat permukaan yang masih tidak dilap oleh pengelap cermin, itu bermaksud terdapat ruang di cermin hadapan yang tidak bersentuhan dengan pengelap cermin. Ini menandakan bahawa pengelap cermin itu sudah lama atau sebenarnya bengkok.

Pengelap cermin merupakan komponen penting untuk pemanduan selamat. Ia memastikan penglihatan yang sempurna ketika pemanduan pada waktu hujan. Seperti yang disebut sebelum ini, pengelap cermin merupakan komponen kereta yang biasanya tidak diberikan perhatian, tetapi antara komponen paling mudah untuk dijaga. Lihatlah buku manual anda untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang penjagaan pengelap cermin.

Sumber : SERV

Call Now Button