Pernah tengok perkataan SRS di steering kereta anda dan di dashboard? Bagi sesiapa yang memiliki kereta yang mempunyai sistem air bag, maka mereka pasti akan melihat tulisan SRS ini. Apakah maksud sebenarnya?
SRS adalah singkatan kepada Secondary/Supplemental Restrain System yang bermaksud sistem sokongan kedua @ sekunder kepada seat belt jika berlaku kemalangan. Seat belt adalah merupakan sistem utama perlindungan kepada pemandu untuk mengurangkan impak kemalangan. Dengan erti kata lain, adanya SRS air bag ini maka ciri-ciri keselamatan dalam pemanduan kereta dapat di tingkatkan.
Selain daripada air bag, head rest juga di klasifikasi sebagai “restrain system” dan bukannya untuk “rest” atau menyandarkan kepala mahupun untuk tidur semasa memandu. Ia direka khas untuk menjadi sistem sokongan mengurangkan impak kemalangan. Walaupun namanya adalah head rest, perlu di ingat ianya bukan di jadikan tempat anda tidur lena ketika memandu. huhu..
Sedikit data/fakta mengenai kematian yang disebabkan oleh impak kemalangan. Berdasarkan data ini, sesetengah pengeluar kereta menjadikan “basis” untuk mereka meningkatkan sistem keselamatan kereta.
Seperti sedia maklum, SRS air bag akan diaktifkan secara automatik apabila berlaku kemalangan. Untuk makluman, sistem SRS air bag sesetengah kenderaan di programkan dengan seat belt sistem yang mana apabila berlaku kemalangan, seat belt akan diketatkan pada masa yang sama SRS airbag diaktifkan. Bukan semua jenis kemalangan SRS air bag akan diaktifkan. Ia bergantung kepada standard yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta @ pengeluar air bag itu sendiri. Bergantung kepada kelajuan kereta dan impak kemalangan.
Tahukah anda berapa kelajuan SRS airbag bila di aktifkan untuk mengembang sepenuhnya? Mengikut Toyota, kelajuannya mencecah 100km/j sehingga 300km/j. Pun begitu, ianya selamat dan menjadi perlindungan terbaik kepada pemandu apabila berlaku kemalangan. Kenapa kadang-kadang kita dengar ada pemandu yang patah tangan apabila SRS air bag di aktifkan? Salah satu sebab adalaha cara memegang steering yang tidak betul dan menjadi penghalang kepada SRS air bag apabila di aktifkan seterusnya memberi impak yang tidak baik kepada tangan pemandu.
Jika lampu isyarat SRS menyala, segeralah ke bengkel supaya anda dalam keadaan yang lebih selamat. Walaupun kereta anda masih boleh bergerak, namun kebolehan sistem air bag anda di ragui dan boleh menjejaskan keselamatan anda. Kita tidak mahu perkara yang tidak baik berlaku semasa kita memandu.
Pesanan kepada semua, pakailah seat belt , gunakan kereta yang mempunyi ciri-ciri keselamatan yang baik dan jadilah pemandu yang berhemah. Semoga bermanfaat