Jalan raya menjadi penghubung yang paling jimat dan mudah dengan menggunakan pengangkutan darat.
Tapi itu bukanlah satu perkara pelik pun tentang jalan raya kerana di seluruh dunia terdapat banyak perkara pelik dan menarik tentang jalan raya ini. Jom kita lihat apa yang pelik dan apa yang menarik tentang jalan raya di seluruh dunia.

1. Jalan Paling Pendek Di Dunia (Ebenezer Place – Scotland)
Ebenezer Place, terletak di Wick, Caithness, Scotland merupakan jalan yang paling pendek di dunia yang pernah direkodkan. Menurut Guinness Book of Records jalan ini hanya sepanjang 2.06 meter sahaja!!. Jalan ini juga hanya mempunyai satu alamat sahaja iaitu yang tertulis di hadapan pintu No.1 Bistro yang merupakan sebahagian daripada Hotel Mackays yang dibina pada tahun 1883.

2. Jalan Paling Sempit Di Dunia (Spreuerhofstraße – Jerman)
Spreuerhofstraße adalah jalan paling sempit di dunia. Ia terletak di bandar Reutlingen, Baden – Württemberg, Jerman. Jalan ini hanya berkeluasan bermula 30cm dan paling luas hanya 50cm sahaja. Ia dibina pada 1727 semasa pembinaan semula selepas kejadian kebakaran besar-besaran di bandar Reutlingen pada 1726.

3. Jalan Paling Curam (Baldwin Street – New Zealand)
Baldwin Street memegang rekod jalan yang paling curam di dunia. Ia terletak di pinggir bandar Dunedin, New Zealand. Memiliki panjang 350 meter, jalan ini berada pada nisbah kecuraman 1:2.86 iaitu setiap 2.86 meter keceruman meningkat sebanyak 1 meter.

4. Jalan Paling Bengkang Bengkok ( Lombart St – San Francisco )
Lombard Street yang terletak di San Fransisco ini merupakan jalan yang paling bengkang bengkok di dunia. Ia dibina bertujuan agar kereta dapat menuruni bukit dengan mudah dan pejalan kaki dapat menuruni bukit ini dengan selamat. Had laju kenderaan yang melalui jalan ini adalah 5 kilometer sejam!!

5. Lebuhraya Terpanjang (Highway 1 – Australia)
Highway 1 Australia merupakan jaringan lebuhraya yang terpanjang di dunia yang menghubungkan semua negeri di negara itu. Panjang keseluruhannya adalah 14,900 kilometer. Setiap hari lebih sejuta orang melalui lebuh raya ini.

6. Bulatan Jalan Terbesar di Dunia (Putrajaya – Malaysia)
Tak ramai orang menyedari bila mereka memandu di Putrajaya terutamanya berdekatan Pejabat Perdana Menteri terdapat satu bulatan jalan yang besar mengelilingi bukit. Panjang bulatan sepanjang 3.4 km. Jalan tersebut adalah Persiaran Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Rupa-rupanya inilah bulatan jalan yang paling besar di dunia!!!!