Malaysia adalah negara yang sentiasa mengalami taburan hujan yang tinggi kerana iklim tropikanya terletak di garisan khatulistiwa. Negara-negara asia tenggara seperti Filipina, Indonesia, Thailand dan Malaysia setiap tahun akan mengalami kejadian banjir.
Meskipun Malaysia masih selamat daripada dilanda ribut kencang, namun masih terkena tempiasnya. Dengan kejadian tahunan ini, ia seolah sudah sebati dengan kehidupan kita. Betapa pentingnya kita membuat persediaan agar sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Sekiranya anda merupakan seorang pemilik kenderaan, kami akan kongsikan tips selamatkan kereta waktu banjir yang harus anda ketahui. Ini sangat penting agar kenderaan anda tidak mengalami kerosakan yang teruk seterusnya dapat menyelamatkan wang anda dari hanyut dibawa banjir.
Berikut Adalah Tips Selamatkan Kereta Waktu Banjir Yang Kami Dapat Kongsikan:
Sebelum Kereta Tenggelam
Walau apa pun situasinya, sama ada anda dalam perjalanan pulang atau kereta anda sedang parking di rumah, sekiranya banjir telah melanda dan anda dapati sudah tidak sempat untuk selamatkan kereta anda ke tempat yang lebih tinggi, langkah pertama yang anda harus lakukan ialah menutup atau sumbat ekzos kereta agar tidak dimasuki air. Cabut te犀利士
rminal bateri kereta anda kerana kita tidak tahu berapa lama banjir akan menenggelami kereta anda. Banjir berlaku oleh pelbagai sebab dan peringkat. Selamatkan barang-barang yang penting yang berada dalam kereta anda. Selamatkan selagi ia boleh diselamatkan.
Semasa Kereta Ditenggelami Banjir
Tips ini sangat penting. Semasa kereta anda ditenggelami banjir atau paras air banjir telah mencecah ekzos kereta, elakkan sama sekali dari menghidupkan kereta anda. Sekiranya anda sedang memandu di musim banjir, jangan sesekali cuba meredah banjir yang dalamnya mencecah paras ekzos kereta!
Selepas Banjir Surut
Langkah pertama, JANGAN HIDUPKAN ENJIN! Jangan sesekali cuba hidupkan enjin. Panggil lori tunda untuk membawa kereta anda ke bengkel. Periksa komponen utama seperti enjin dan transmission. Kalau anda mengikuti tips di atas, enjin mungkin tidak perlu overhaul. Hanya sekadar flush minyak beberapa kali. Kalau enjin dihidupkan selepas banjir tadi, maka kemungkinan besar enjin akan mengalami kerosakan yang amat parah. Sistem transmisi bagi kereta manual mungkin hanya perlu overhaul beberapa kali. Namun sekiranya kereta anda jenis auto, mungkin lebih parah. Silap-silap kena tukar sebiji gearbox. Tapi harap-harap tidak. Sistem elektronik biasanya boleh selamat meskipun kereta anda ditenggelami banjir. Namun ia mengambil masa yang sedikit lama.
Kusyen kereta yang ditenggelami banjir tidak akan rosak namun menjadi kotor dan berbauh busuk. Anda boleh mencuci sendiri dengan mengeluarkan kusyen kereta, siram (guna water jet) kemudian keringkan. Anda juga boleh hantar ke bengkel yang menyediakan perkhidmatan cuci kusyen kereta.
Tips selamatkan kereta waktu banjir amat berguna sekiranya kita dapat patuhi. Anda tidak perlu terlalu teknikal. Tips ini boleh dilakukan oleh semua orang. Persedian menghadapi musim banjir ini sangat berguna. Kongsikan kepada seluruh kenalan anda melalui FB dan Whatsapp. Elakkan kereta anda rosak dan terpaksa dibaiki dengan kos yang amat mahal.